Monday, January 24, 2011

UCAPAN TAHNIAH KEPADA

Bekas murid SK Tebuk Panchur tahun 2010 kerana telah berjaya memasuki MRSM Transkrian 2011. Beliau ialah Fathiah Husna bt Rosman dan Nabil Asykari b Munawir.
Sekalong Tahniah diucapkan daripada pihak sekolah.

Thursday, January 20, 2011

Program Panitia Pendidikan Islam dan Bimbingan Kaunseling

Asura - Rabu 19 Januari 2011 - Sekolah ini telah mengadakan satu program iaitu mengacau bubur asura sempena 10 Muharram dalam bulan Islam walaupun Bulan Muharram sudah berlalu. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan juga PIBG sekolah. Seramai 10 orang AJK PIBG hadir bagi memeriahkan lagi acara ini. Sebanyak 4 periuk bubur dapat disediakan dan diagihkan kepada murid-murid, AJK PIBG dan warga sekolah. Semua yang hadir dalam program ini bersama-sama membantu dalam mengacau bubur sehinggalah masak dan diagihkan. Dalam pada masa yang sama..satu program Bimbingan dan Kaunseling diadakan di Dewan Sekolah bertajuk "Jom Ke Sekolah". murid-murid tahun 1 hingga 6 menghadiri program ini yang mana penceramahnya adalah seorang guru kaunselor SMKA Kerian iaitu EN ZulKhairi. Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.



























Tuesday, January 11, 2011

Mesyuarat Rumah Sukan

11 Januari 2011 (Selasa) - Mesyuarat Rumah Sukan diadakan.Semua murid tahun 4,5 dan 6 wajib hadir dalam mesyuarat ini.ini bertujuan untuk membuat Perlantikan Ahlijawatankuasa RumahSukan. Sementara itu, keperluan murid-murid untuk bersukan perlu diberitahu supaya mereka dapat menyediakannya. Rumah sukan terdiri dari Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Kuning.

Majulah Sukan Untuk Sekolah


Gambar hiasan



Gambar Hiasan

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan

3 Januari 2011- Hari ini merupakan hari pertama persekolah bermula. Walaupun cuaca mendung tetapi perhimpunan dapat di jalankan dengan jayanya. Guru bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Norhayati Sulaiman dan Ustazah Hafidza Sunny. Mereka mengendalikan perhimpunan dengan jayanya.

Perhimpunan seperti biasa dimulakan dengan

1. Bacaan Doa
2. Bacaan Ikrar
3. Nyanyian 3 buah lagu
4. Ucapan Guru Bertugas
5. Ucapan Guru Disiplin
6. Ucapan PK 1
7. Ucapan PK Hem

Perhimpunan Berakhir pada Jam 8.10 minit pagi.