Sekolah Kebangsaan Tebuk Panchur telah dibuka pada bulan Januari 1956. Pada peringkat awal bilangan murid adalah lebih kurang 56 orang sahaja dan guru seramai 7 orang termasuk Guru Besar.
Tapak asal bangunan sekolah telah dibina di atas tanah milik Jabatan parit dan saliran. Kemudian satu tapak baru telah dipohon dan akhirnya diluluskan bersebelahan dengan tapak yang asal. Satu bangunan dua tingkat telah dibina dengan kos sebanyak RM 100,000.00.
Seterusnya pada tahun 80an satu lagi bangunan telah diluluskan dan dibina secara gotong-royong bersama PPD, PIBG dan penduduk setempat.Satu bangunan untuk aktiviti kokurikulum juga telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM 60,000 telah diluluskan dan dibina oleh jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1992.
Bilangan murid mula bertambah dengan bertambahnya penduduk disekitarnya. Bilangan murid sekarang ini seramai 365 orang dan jumlah guru seramai 31 orang.