Kata Aluan Guru Besar


Assalamualaikum w.b.t


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya SK Tebuk Panchur telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Kejayaan-kejayaan tersebut dicapai hasil kegigihan, kesabaran dan kesungguhan seluruh warga SK Tebuk Panchur dan dibantu oleh pengurusan PIBG yang cemerlang. Adalah diharap agar budaya cemerlang seperti yang terdapat dalam visi sekolah dapat dipertingkatkan.
Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna melainkan sekolah dapat melahirkan lebih ramai murid yang mencapai kejayaan cemerlang terutama dalam bidang akademik.
Sekian...
Guru Besar
En Khairul Anuar bin Sulaiman
SK Tebuk Panchur
34400 Simpang Empat
Semanggol