Wednesday, May 18, 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

16 Mei 2016 Isnin - Sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan dengan jayanya walaupun diperuntukkan masa dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Seluruh warga sekolah berkumpul di dewan bagi menyempurnakan majlis ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti dengan 4 buah lagu yang dinyanyikan oleh semua warga sekolah. Seterusnya ucapan Guru Besar dan diikuti oleh perutusan dari Menteri Pendidikan.
   Seterusnya acara sukaneka berlangsung di dewan sekolah bersama sama AJK PIBG bagi memeriahkan lagi majlis. Turut hadir sama ialah YDP PIBG sekolah iaitu EN Shahrudin bin Mujini.
Guru-guru lelaki pula diadakan pertandingan memancing di tali air depan sekolah yang bakal merebut Hamper terbesar. Walaubagaimanapun hanya seekor ikan lampam jawa yang berjaya dipancing oleh En Pian setelah menunggu hampir satu jam. Sempena sambutan hari guru ini wakil dari Ahli Perlimen Bagan Serai iaiti Yb Dr Hj Noor Azmi menghadiahkan sebiji kek yang cantik kepada sekolah ini. Turut menghadiahkan kek adalah mantan guru besar iaitu Pn Hj Salmiah.
Pemenang bagi hadiah memancing iailah En Mohd Noor bin Shaari iaitu Guru Besar.















Thursday, May 12, 2016

PAMERAN DAN CERAMAH ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2016

Khamis 12.5.2016..Unit Bimbingan dan kaunseling sk tebuk pancur menjalankan aktiviti sempena minggu anti dadah peringkat sekolah.  Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya

Pertandingan mewarna
Sajak anti dadah
Pameran anti dadah oleh AADK
Ceramah anti dadah oleh AADK Parit buntar










Saturday, May 7, 2016

BENGKEL MATEMATIK KELOMPOK 5

Bertempat di Sk Tebuk Pancur
07.05.2016 Sabtu
Bengkel matematik diadakan di sekolah ini
dengan melibatkan 7 buah sekolah kelompok 5...seramai 99 orang murid menyertai bengkel ini dan tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru matematik kelompok 5. Target murid ini  adalah 6A.. SEMOGA BERJAYA






Guru-guru Matematik



Thursday, May 5, 2016

LAWATAN MUTID-MURID SK TEBUK PANCUR KE PULAU PINANG

RABU 4.5.2016
8.00 PAGI - 6.00 PETANG
MENAIKI BAS PAK LANG
DESTINASI - PULAU PINANG
BANYAK TUGASAN  UNTUK DISIAPAN SEMASA LAWATAN




SESI MENDENGAR TAKLIMAT DARI WAKIL KILANG JERUK PAK ALI
EN SHAHRUL NIZAM


JERUK PAK ALI


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG JERUK PAK ALI


LAWATAN KE RUMAH BUDI PENYAYANG



LAWATAN KE RUMAH BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA