Thursday, January 20, 2011

Program Panitia Pendidikan Islam dan Bimbingan Kaunseling

Asura - Rabu 19 Januari 2011 - Sekolah ini telah mengadakan satu program iaitu mengacau bubur asura sempena 10 Muharram dalam bulan Islam walaupun Bulan Muharram sudah berlalu. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan juga PIBG sekolah. Seramai 10 orang AJK PIBG hadir bagi memeriahkan lagi acara ini. Sebanyak 4 periuk bubur dapat disediakan dan diagihkan kepada murid-murid, AJK PIBG dan warga sekolah. Semua yang hadir dalam program ini bersama-sama membantu dalam mengacau bubur sehinggalah masak dan diagihkan. Dalam pada masa yang sama..satu program Bimbingan dan Kaunseling diadakan di Dewan Sekolah bertajuk "Jom Ke Sekolah". murid-murid tahun 1 hingga 6 menghadiri program ini yang mana penceramahnya adalah seorang guru kaunselor SMKA Kerian iaitu EN ZulKhairi. Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.



























No comments: