Thursday, March 3, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring 2011

Khamis 3 Mac 2011 - Satu perlawanan persahabatan telah diadakan di padang SK Jelai Batu Kurau bermula pada pukul 3.30 petang. Perlawanan persahabatan ini adalah di antara SK Tebuk Panchur,SK Jelai, SK.Toh Sajak dan SK. Kg Repoh. Dalam perlawanan ini keputusan terus berpihak kepada SK.Tebuk Panchur.Semangat dan keyakinan yang ditunjukkan oleh pemain SKTP amat membanggakan. Semoga kejayaan terus berpihak kepada SKTP untuk perlawanan seterusnya di peringkat daerah dan insyallah hingga ke peringkat negeri. Terima kasih diucapkan kepada SK. Jelai yg sudi menjadi tuan rumah di saat-saat akhir tanpa dirancang dan juga semua guru yg telah sama-sama menjayakan perlawanan ini...

SENARAI SEKOLAH YANG TURUT SERTA:
SK. Jelai
SK. Toh Sajak
SK. Kg Repoh

No comments: