Wednesday, May 18, 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

16 Mei 2016 Isnin - Sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan dengan jayanya walaupun diperuntukkan masa dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Seluruh warga sekolah berkumpul di dewan bagi menyempurnakan majlis ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti dengan 4 buah lagu yang dinyanyikan oleh semua warga sekolah. Seterusnya ucapan Guru Besar dan diikuti oleh perutusan dari Menteri Pendidikan.
   Seterusnya acara sukaneka berlangsung di dewan sekolah bersama sama AJK PIBG bagi memeriahkan lagi majlis. Turut hadir sama ialah YDP PIBG sekolah iaitu EN Shahrudin bin Mujini.
Guru-guru lelaki pula diadakan pertandingan memancing di tali air depan sekolah yang bakal merebut Hamper terbesar. Walaubagaimanapun hanya seekor ikan lampam jawa yang berjaya dipancing oleh En Pian setelah menunggu hampir satu jam. Sempena sambutan hari guru ini wakil dari Ahli Perlimen Bagan Serai iaiti Yb Dr Hj Noor Azmi menghadiahkan sebiji kek yang cantik kepada sekolah ini. Turut menghadiahkan kek adalah mantan guru besar iaitu Pn Hj Salmiah.
Pemenang bagi hadiah memancing iailah En Mohd Noor bin Shaari iaitu Guru Besar.















No comments: